Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hun Sen ancam jual ibu pejabat pembangkang

    PHNOM PENH, 31 Jan – Perdana Menteri Kemboja Hun Sen hari ini mengancam merampas hartanah ketua pembangkang Sam Rainsy dan menjual ibu pejabatnya jika beliau menang satu kes fitnah terhadap ahli politik buangan itu.

    Kes saman 1 juta dolar itu merupakan yang terbaru dalam siri kes undang-undang menyasarkan ketua pembangkang yang cuba memecahkan cengkaman kuasa 32 tahun Hun Sen.

    Kumpulan hak asasi mengatakan lelaki kuat itu cuba memastikan penentangnya ditekan menjelang pilihan raya tempatan tahun ini dan satu pilihan raya umum dalam 2018.

    Hun Sen memfailkan kes fitnah terbaru itu terhadap musuhnya Rainsy kerana menuduhnya menerima suapan dalam satu ucapan beberapa minggu lalu.

    “Saya menunggu keputusan dimuktamadkan. Kali ini, saya mahukan wang…saya menuntut $1,00,000,” kata perdana menteri itu pada sesi parlimen hari ini.

    “Saya mendengar ibu pejabat parti didaftarkan di bawah nama Sam Rainsy, jadi ibu pejabat parti akan dilelong,” beliau memberitahu ahli parlimen, menambah bahawa hartanah peribadi ahli politik itu juga akan ‘dibekukan…dan dijual.’

    Wang itu akan digunakan untuk membina rumah-rumah bagi orang kurang upaya, tambahnya.

    Rainsy yang pada ketika ini tinggal di Perancis dan berhadapan beberapa saman undang-undang, dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dalam Disember atas satu pos di laman Facebooknya, satu kesalahan yang mungkin tidak akan menyaksikan dia pulang daripada dalam buang sendiri. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda