Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Hun Sen: ASEAN berjaya atasi kebanyakan ancaman COVID

    BANGKOK, 11 NOV – Negara-negara anggota ASEAN telah berjaya mengatasi sebahagian besar ancaman COVID-19 dan meneruskan aktiviti sosioekonomi dalam tempoh tiga tahun sejak pandemik global COVID-19 melanda dunia.

    Pengerusi ASEAN yang juga Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen berkata berdasarkan unjuran Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 Oktober lalu, setiap negara anggota ASEAN dijangka mencatat kadar pertumbuhan ekonomi yang positif.

    “Dengan ketabahan dan usaha yang kuat, negara-negara anggota secara individu dan ASEAN secara keseluruhan telah berjaya mengatasi ancaman global ini.

    “Rantau ASEAN secara keseluruhan dijangka mencapai kadar pertumbuhan 5.3 peratus dan 4.9 peratus masing-masing pada 2022 dan 2023, angka yang mengagumkan berbanding bahagian lain di dunia,” katanya pada majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja, hari ini.

    Berikutan prospek pertumbuhan yang positif, Hun Sen menggesa negara anggota ASEAN untuk terus berwaspada kerana keadaan sosioekonomi semasa di rantau ini serta di seluruh dunia masih rapuh dan berpecah.

    “Kita kini berada di persimpangan yang tidak menentu; kehidupan berjuta-juta rakyat di rantau ini bergantung pada kebijaksanaan serta pandangan jauh kita, keputusan dan dasar yang betul termasuk pendekatan realistik untuk menangani cabaran strategik yang kita semua hadapi,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...