Hun Sen naikkan pangkat anak

PHNOM PENH, 9 JUN – Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen yang sudah lama memerintah, melantik anak lelaki sulungnya bagi mengetuai sayap pemuda parti pimpinannya, satu pelantikan yang menyemarakkan lagi spekulasi bahawa dia dipersiapkan untuk menggantikan bapanya sebagai pemimpin negara Asia Tenggara itu.

Hun Sen dalam kedudukannya sebagai presiden parti memerintah Kemboja, Parti Rakyat, mengeluarkan surat pelantikan anak lelakinya, Hun Manet daripada jawatan timbalan pengerusi kepada pengerusi sayap pemuda partinya, lewat kelmarin.

Leftenan Jeneral Hun Manet, 41, merupakan graduan West Point, memegang beberapa jawatan kanan dalam ketenteraan Kemboja. – AP