PHNOM PENH, 2 DIS – Orang kuat Kemboja, Perdana Menteri Hun Sen yang memimpin negara itu selama lebih tiga dekad, hari ini menyokong anak lelakinya mengambil alih jawatan tertinggi, memberi laluan bagi satu dinasti politik.
Spekulasi sudah lama bertebaran bahawa Hun sen, 69, sedang melatih Hun Manet – jeneral bintang empat berpendidikan di Britain dan Amerika Syarikat – untuk memimpin negara beraja itu.
“Hun Manet adalah salah seorang calon bagi perdana menteri dan menerima sokongan daripada bapanya,” kata Hun Sen semasa berucap di khayalak ramai di bandar pesisir pantai Sihanounkville.
Beliau menambah, anaknya, 44, timbalan ketua turus komando Angkatan Bersenjata Diraja Kemboja dan komando infantri, perlu bertanding dalam pilihan raya. – AFP
