Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Hungary catat kes pertama cacar monyet

    BUDAPEST, 1 JUN – Hungary kelmarin mencatatkan kes pertama cacar monyet, menurut laporan agensi Anadolu. 

    Ketua pegawai perubatan Hungary, Cecilia Muller, berkata kes itu melibatkan lelaki berusia 38 tahun.

    Virus cacar monyet boleh berjangkit daripada haiwan kepada manusia serta manusia kepada manusia.

    Antara tanda dan gejala jangkitan ialah ruam bermula di muka dan kemudian merebak ke tapak tangan dan kaki diikuti bahagian tubuh yang lain.

    Gejala lain ialah demam, keletihan, sakit kepala, lenguh, sakit bahagian belakang badan atau sendi dan kejang otot.

    Pesakit tersebut dinasihatkan untuk mengasingkan diri kira-kira dua ke empat minggu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -