Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hungary lulus vaksin Sinopharm

    BUDAPEST, 29 JAN – Hungary hari ini menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU) pertama yang meluluskan vaksin COVID-19 Sinopharm buatan China, seminggu selepas ia juga menyertai Brussels dengan mengeluarkan permit sementara untuk suntikan Sputnik V.

    “Hari ini Institut Nasional Farmasi dan Nutrisi (OGYEI) memberikan kelulusannya untuk vaksin Sinopharm,” beritahu Ketua Pegawai Perubatan Cecilia Muller pada taklimat.

    Sebelumnya, Perdana Menteri Viktor Orban berkata Hungary merancang menandatangani satu perjanjian dengan firma China ‘hari ini atau esok’ untuk mendapatkan penghantaran pertama, menambah beliau akan memilihnya untuk suntikannya sendiri.

    “China telah mengetahui virus ini untuk masa paling lama, dengan itu mungkin mereka paling tahu mengenainya, maka saya akan menunggu giliran saya, dan apabila saya memilihnya saya mahukan vaksin China,” kata Orban.

    Budapest menjangka menempah 500,000 dos vaksin Sinopharm untuk dihantar pada Februari, kata ketua kakitangan Orban semalam.

    Minggu lalu, Hungary menjadi anggota EU pertama yang meluluskan vaksin Sputnik V dan berkata ia telah bersetuju untuk membeli dua juta dos vaksin berkenaan.

    Satu perintah yang disiarkan semalam dan berkuat kuasa hari ini membenarkan menteri luar negeri meluluskan mana-mana vaksin yang telah pun diberikan kepada lebih satu juta penduduk, tanpa mewajibkan pihak berkuasa farmaseutikal menandatanganinya. – AFP

    Pekerja kesihatan menunggu untuk mendapatkan suntikan vaksin di pusat perubatan Budapest pada 28 Januari. Hungary hari ini menjadi anggota Kesatuan Eropah pertama yang meluluskan vaksin COVID-19 Sinopharm buatan China. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda