Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Hungary nyaris cipta kejutan

    BUDAPEST, 12 JUN – Jerman terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 menentang Hungary dalam perlawanan Kumpulan A3 di Liga Negara-Negara di Budapest, kelmarin.

    Hungary memberikan kejutan buat pasukan pelawat, selepas percubaan Zholt Nagy membolosi gawang pada minit keenam sebelum Jonas Hofmann menyamakan kedudukan untuk Jerman, tiga minit kemudian.

    Dengan keputusan tersebut, Jerman mencatat empat kali seri berturut-turut, melanjutkan rekod tanpa kalah bagi pasukan Hansi Flick kepada 12 perlawanan tetapi keputusan tersebut juga bermakna mereka masih lagi belum meraih kemenangan dalam tiga perlawanan mereka setakat ini.

    Pada separuh masa pertama, Nagy melakukan rembatan jarak dekat selepas Manuel Neuer menghalang tandukan daripada Roland Sallai.

    Sorakan penyokong tuan rumah hanya bertahan selama tiga minit selepas Hofmann menerima hantaran bola daripada David Raum, melepasi Peter Gulacsi dan menjaringkan gol penyudah untuk menyamakan kedudukan.

    Aksi Jamal Musiala (kanan) dan Roland Sallai dalam merebut bola semasa perlawanan Liga Negara-Negara antara Jerman dan Hungary di Arena Puskas, Budapest. – AFP

    Permainan licik yang dipamerkan Jerman semakin berbahaya ketika Kai Havertz membuat tandukan hasil daripada percubaan Raum yang tersasar sebelum pemain sayap itu membuat percubaan.

    Hungary yang berjaya menewaskan England 1-0 pada minggu lalu dan sorakan daripada penyokong memberi mereka semangat, terus mengasak melalui Attila Fiola yang memaksa Neuer melakukan penyelamatan sebelum separuh masa pertama tamat.

    Jerman memberi tekanan kepada pesaing pada separuh masa kedua dan Hofmann sepatutnya mampu menambah gol kedua untuk pasukannya sebelum masa tamat.

    Selepas terikat seri tiga kali, Jerman akan beraksi dalam perlawanan antarabangsa terakhir mereka pada Jun ini di halaman sendiri menentang Itali pada Selasa ini.

    Pada hari yang sama, Hungary, pada masa ini mengutip empat mata, akan membuat kunjungan ke England di Wolverhampton sebelum perlawanan kumpulan berakhir pada September nanti. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...