Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hungry Hippo ceriakan pelajar SMARTER Brunei

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Seramai 26 orang pelajar SMARTER Brunei, hari ini, berkunjung ke Hungry Hippo atas tajaan pemilik Hungry Hippo.

    Rakan Pengurus Hungry Hippo ketika ditemu bual menjelaskan, aktiviti amal berkenaan adalah yang julung kalinya diadakan oleh Hungry Hippo sejak dibuka tiga bulan lalu.

    Aktiviti berkenaan juga sebagai salah satu khidmat masyarakat Hungry Hippo kepada SMARTER Brunei untuk memberi keceriaan kepada kanak-kanak istimewa.

    Hungry Hippo yang terletak di Bangunan Little Soho itu antara lain bertujuan untuk menyediakan keceriaan kepada pelbagai peringkat kanak-kanak dan kanak-kanak autisme melalui permainan dan pendidikan di samping menyediakan suasana bersih, selamat dan menyeronokkan.

    Keceriaan kanak-kanak jelas terlihat di wajah mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda