Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Hurikan Fiona badai Puerto Rico

    SAN JUAN, 19 SEPT – Hurikan Fiona membadai Puerto Rico, memutuskan bekalan elektrik di pulau Amerika Syarikat (AS) sementara membawa hujan lebat serta mencetuskan kerosakan besar sebelum mendarat di Republik Dominique hari ini.

    Runtuhan tanah, jalan raya tersekat, pokok tumbang dan talian elektrik tumbang serta jambatan roboh di bandar Utuado di tengah rantau pergunungan, merupakan sebahagian daripada pemusnahan dicetuskan Fiona, beritau Gabenor Pedro Pierluisi pada sidang media hari ini.

    Ribut itu membawa angin dengan kelajuan maksimum 144 kilometer sejam ketika ia melanda Republik Dominique, kata Pusat Hurikan Nasional AS (NHC) di Twitter.

    “Banjir yang membawa maut mungkin berlaku d kawasan timur Republik Dominique,” kata NHC dalam notis terbaharunya pada pukul 5 pagi waktu tempatan.

    Sebelum ketibaan Fiona di negara itu, Presiden Luis Abinader menggantung kerja-kerja hari ini dan pulau itu meletakkan 13 daripada 32 wilayahnya, terletak ke utara dan timur, dalam amaran peringkat merah sebelum ribut mendarat.

    Sementara di Puerto Rico, seluruh wilayah yang mempunyai lebih tiga juta populasi tidak mempunyai bekalan elektrik ketika hurikan melanda, dengan Pierlusi berkata sistem elektrik mengalami kerosakan.

    NHC mengurangkan Fiona kepada ribut tropika di Puerto Rico tetapi mengingatkan hujan lebat dan banjir kilat mungkin terus melanda pulau itu. Setakat ini, hujan 9-13 inci telah turun dalam masa lima jam sahaja.

    Hurikan itu juga menyebabkan 196,000 penduduk tanpa air minuman disebabkan bekalan elektrik terputus dan air sungai melimpah, kata pegawai. – AFP

    Sebuah rumah ditenggelami dalam air banjir berpunca daripada Hurikan Fiona di Cayey, Puerto Rico pada 18 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...