Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    HUSM tawar rawatan mata laser refraktif

    KOTA BAHARU – Seramai 100 orang pesakit telah mendapatkan perkhidmatan laser refraktif yang ditawarkan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, sejak Jun lepas.

    Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata teknologi terbaharu rawatan mata itu meng-gunakan kaedah Transepithelial Photorefractive Keratectomy (TransPRK) yang membantu merawat masalah rabun jauh, rabun dekat dan rabun silau kerana peningkatan usia.

    Beliau berkata HUSM dan Pusat Pengajian Sains Perubatan USM menerusi kerjasama strategik telah membuat perolehan mesin laser refraktif bernilai RM4.8 juta.

    “Kaedah rawatan ini membaiki kedudukan titik fokus mata dengan mengubah bentuk lapisan kornea (lapisan struktur paling hadapan pada bola mata). 

    “Pesakit tidak memerlukan bantuan kaca mata atau kanta lekap untuk melihat selepas rawatan ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Perkhidmatan Laser Refraktif dan Perkhidmatan Optometri.

    Mengulas lanjut, Faisal Rafiq berkata sistem laser refraktif TransPRK menawarkan kelebihan teknologi perisian Schwind Amaris terkini serta peralatan pembedahan tanpa hirisan (bladeless surgery), sedutan atau sentuhan pada bola mata pesakit semasa prosedur rawatan, berbeza dengan prosedur laser refraktif yang lain.

    “Pesakit akan menjalani rawatan laser refraktif dalam tempoh masa yang singkat, berasa lebih selesa dan pesakit menjalani proses pemulihan penglihatan yang lebih pendek serta cepat. Kita sasarkan seramai 30 orang pesakit sebulan, pada peringkat umur 20 hingga 40 tahun, untuk mendapatkan rawatan ini. Setiap rawatan dikenakan kos antara RM5,000 hingga RM8,000,” katanya. – Bernama

    Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan (kiri) mendengar penerangan daripada Pakar Oftalmologi Hospital USM Dr Mohtar Ibrahim (dua, kiri) mengenai sebahagian mesin yang digunakan untuk rawatan mata selepas pelancaran perkhidmatan Laser Refraktif di Hospital USM, Kubang Kerian. – Bernama
    Pegawai Optometri Hospital USM, Raja Nor Shahila Raja Mohamad melakukan ujian diagnostik menggunakan mesin Schwind Sirius untuk mengetahui ketebalan kornea dan saiz anak mata pesakit yang mendapatkan Perkhidmatan Laser Refraktif di Hospital USM. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...