Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hutan ‘penyelamat’ kejadian tanah runtuh

    MONTREAL, KANADA, 18 DIS – Perancangan mampan harus dilakukan untuk projek pembangunan terutamanya di kawasan tanah tinggi bagi memastikan kitaran air dan litupan hutan dilindungi daripada tanah runtuh, kata Pengarah Urusan Antarabangsa Majlis Pengawasan Hutan (FSC), Kim Carstensen.

    Beliau berkata kebanyakan aktiviti berkaitan pembangunan ekonomi iaitu pertanian, pembalakan dan ekopelancongan telah membawa kepada perubahan guna tanah dan penutupan tanah serta kehilangan pokok.

    “Litupan hutan, termasuk musim penanaman tumbuh-tumbuhan adalah sangat penting untuk melindungi daripada kejadian tanah runtuh sekiranya berlaku hujan.

    “Oleh kerana pembangunan kita telah melihat banyak penebangan hutan atau penukaran hutan daripada dilitupi pokok kepada tanah pertanian yang menyebabkan sebahagian daripadanya tidak dilindungi.

    “Ini telah membawa risiko tanah runtuh dan oleh itu, menjejaskan penduduk yang tinggal di kawasan tersebut,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Persidangan Biodiversiti Pihak-pihak (COP15) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang berlangsung di sini, hari ini.

    Beliau mengulas mengenai kebarangkalian tanah runtuh di kawasan tanah tinggi akibat pembangunan tidak terancang dan penebangan hutan.

    “Sebelum memulakan satu pembangunan, adalah penting untuk mengkaji kecuraman cerun, jenis tanah dan kitaran air di kawasan terbabit,” katanya. – Bernama

    Litupan hutan, termasuk musim penanaman tumbuh-tumbuhan adalah sangat penting untuk melindungi daripada kejadian tanah runtuh sekiranya berlaku hujan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda