Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hutang AS buat kali pertama lepasi AS$35 trilion

    WASHINGTON, 30 JULAI –  Jumlah keseluruhan hutang kerajaan persekutuan Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama melepasi AS$35 trilion, menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan, kelmarin.

    Jumlah hutang awam terkumpul meningkat kepada AS$35 trilion pada Jumaat, menurut Penyata Perbendaharaan Harian yang baru dikeluarkan. Data itu dikemas kini pada penghujung setiap hari perniagaan dengan data dari hari perniagaan sebelumnya.

    Hanya tujuh bulan lepas, hutang negara AS melepasi AS$34 trilion pada akhir Disember 2023 selepas melepasi AS$33 trilion tiga bulan sebelum itu. “Pinjaman terus meningkat tanpa henti dan tidak terkawal,” menurut Maya MacGuineas, presiden Jawatankuasa Belanjawan Persekutuan yang Bertanggungjawab, dalam satu kenyataan.

    “…Kita perlu lebih serius mengenai hutang ini. Tahun pilihan raya tidak boleh menjadi pengecualian untuk cuba mencegah bahaya yang boleh diramalkan – dan hutang itu adalah salah satu bahaya utama yang kita hadapi,” kata MacGuineas.

    Seorang felo kanan di American Enterprise Institute dan bekas pegawai di Tabung Kewangan Antarabangsa Desmond Lachman memberitahu Xinhua sebelum ini bahawa “tiada keraguan bahawa defisit belanjawan AS berada di landasan yang tidak mampan.

    Menurut beliau, ‘trajektori berbahaya’ itu menimbulkan “soalan serius untuk dolar” dan unjuran inflasi jangka panjang. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda