Sunday, October 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hwang Jung Eum berdepan saman fitnah

    Pelakon Hwang Jung Eum berdepan tindakan saman susulan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap seorang wanita.

    Wanita berkenaan menjelaskan tindakan undang-undang itu dibuat selepas mendakwa Jung Eum cuba memutar belit perjanjian yang pernah dibuat antara mereka sebelum ini.

    Malah wanita berkenaan mendakwa kenyataan dibuat pelakon itu juga memberi impak besar terhadapnya sehingga menjadi sasaran kecaman warganet di media sosial.

    “Saya tidak pasti sama ada Jung Eum benar-benar menyesal atas tindakan dilakukan terhadap saya. Dia mungkin menganggap saya seorang manusia tamak dan mahu mengaut keuntungan daripada perjanjian yang dibuat sebelum ini. Saya sudah tidak tahan dan telah memfailkan saman terhadapnya,” katanya.

    Isu mula timbul apabila Jung Eum mendedahkan wajah wanita tersebut selepas mendakwa dia adalah perempuan simpanan suaminya, Lee Young Don.

    Sedar sudah tersilap orang, Jung Eum kemudiannya memadam semua perkongsian di media sosial berkaitan wanita berkenaan.

    Susulan wanita itu menjadi sasaran warganet, Jung Eum kemudiannya menawarkan sejumlah wang sebagai ganti rugi terhadap kesilapan dilakukan.

    Bagaimanapun Jung Eum meminta ganti rugi tersebut dikurangkan dan membayar secara berperingkat.

    Apa yang membuatkan wanita itu kesal adalah apabila syarikat pengurusan pelakon itu mengeluarkan kenyataan menuduh dia meminta ganti rugi dua kali ganda berbanding tawaran asal. – Agensi

    Jung Eum bakal berdepan saman kerana menuduh. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda