Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hwang Jung Eum seleweng RM12.65 juta untuk pelaburan kripto

    Pelakon Hwang Jung Eum dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dengan tempoh percubaan empat tahun selepas mengaku menyeleweng lebih RM12.65 juta daripada agensi miliknya untuk tujuan pelaburan mata wang kripto.

    Menurut laporan Korea JoongAng Daily, keputusan itu dibuat Mahkamah Daerah Jeju, Korea Selatan, selepas bintang drama She Was Pretty itu didapati bersalah melanggar Akta Hukuman Berat Kesalahan Ekonomi Tertentu. 

    Memetik laporan mStar, Pendakwa raya sebelum ini menuntut hukuman penjara tiga tahun ketika prosiding terakhir pada Ogos lalu. 

    Berdasarkan kertas pertuduhan, Jung Eum menyeleweng kira-kira RM15.3 juta daripada agensi miliknya pada awal 2022. 

    Jung Eum terima hukuman kerana seleweng wang syarikat. – Agensi

    Syarikat berkenaan adalah entiti keluarga yang dimiliki sepenuhnya oleh Jung Eum dengan dia sendiri sebagai satu-satunya artis di bawah pengurusan tersebut. 

    Daripada jumlah itu, sekitar RM12.65 juta digunakan untuk pelaburan kripto manakala selebihnya dilaporkan menampung kos hartanah serta cukai tempatan melalui pembayaran kad kredit. 

    Pada perbicaraan pertama pada 15 Mei lalu, Jung Eum mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan dan memohon mahkamah memberi masa untuk menjelaskan semula wang berkenaan. 

    Ketika itu, dia sudah memulangkan kira-kira RM9 juta. Jung Eum kemudian menjual aset peribadi sebelum melangsaikan baki dalam dua bayaran pada 30 Mei dan 5 Jun lalu dengan menyerahkan bukti pembayaran kepada mahkamah. 

    Mahkamah mengambil kira status Jung Eum sebagai pesalah kali pertama serta bayaran balik penuh sebagai faktor meringankan hukuman sekali gus menangguhkan hukuman penjara sebenar. 

    Jung Eum yang memulakan karier pada awal 2000 sebagai ahli kumpulan Sugar sebelum bergelar pelakon popular meninggalkan bilik mahkamah dalam keadaan menangis sebaik keputusan diumumkan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda