Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hwang Jung Eum umum hamil 4 bulan

    PELAKON Hwang Jung Eum mengumumkan dia bakal bergelar ibu apabila sedang hamil empat bulan.

    Dipetik dari Koreaboo melaporkan Jung Eum dijangka menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Lee Young Don pada Ogos depan.

    Pasangan itu sebelum ini pernah mengejutkan peminat apabila berkahwin pada Februari tahun lalu hanya selepas enam bulan berkenalan.

    Ramai membuat spekulasi perkahwinan tersebut diadakan secara tergesa-gesa apabila Jung Eum hamil.

    Bagaimanapun pelakon itu menafikan perkara tersebut dan pengumuman terbaru mengenai kehamilannya menutup semua gosip berhubung perkahwinan mengejutnya.

    Hwang Jung Eum bakal menimang cahaya mata pertama pada Ogos depan.
    Hwang Jung Eum bakal menimang cahaya mata pertama pada Ogos depan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda