BERLIN, 10 JULAI – RB Leipzig kelmarin mengumumkan telah menandatangani Hwang Hee-chan dari kelab Red Bull Salzburg untuk menggantikan Timo Werner, tetapi penyerang dari Korea Selatan itu tidak akan dapat beraksi di Liga Juara-Juara bulan depan. Pemain berusia 24 tahun itu akan menyarung jersi nombor 11 yang ditinggalkan Werner ketika dia menyertai Chelsea bulan lalu.