Pelakon Hyeri mendedahkan dia kerap membaca komen-komen di media sosial namun lebih memandang yang positif berbanding negatif.
Menganggap ia salah satu aspek kerjanya, Hyeri berkata dia memilih untuk menutup komen warganet yang dilihat tidak menyukainya.
“Sebenarnya, ada banyak komen baik daripada buruk, jadi tak apa. Bila saya melihat sesuatu tidak masuk akal, saya berkata pada diri sendiri, ‘orang ini mesti benar-benar tidak menyukai saya,’ dan tidak memikirkannya.
“Tetapi kadang-kadang, ada komen yang saya tutup. Tapi saya menerimanya sebagai salah satu aspek kerja saya,” katanya.
Pelakon drama My Roommate Is a Gumiho itu berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri sesi fotografi dan temu bual bersama majalah GQ Korea! keluaran April. – Agensi