Nama pelakon Hyeri kembali menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa gemar mengambil kesempatan terhadap rakan gandingan lelaki dalam drama atau rancangan hiburan.
Terbaharu, sebuah portal memuat naik beberapa klip video yang menunjukkan aksi Hyeri kerap melakukan sentuhan fizikal bersama rakan selebriti lelaki, menurut laporan mStar.
Dia dikatakan gemar melakukan sentuhan tangan, menyentuh badan, bersandar dan memukul dengan manja.
Video tersebut mencecah 270,000 tontonan sekali gus mengundang pelbagai reaksi kurang senang daripada peminatnya.
Sebahagian warganet beranggapan pelakon itu berkelakuan sedemikian semata-mata untuk menarik perhatian lelaki, terutama jejaka tampan.
“Kalau dengan wanita tidak mengapa, ini dengan lelaki memang nampak ‘gatal’; Dia suka lelaki kacak, dia akan cuba menyentuh lelaki itu; Dia kan memang mesra dari dulu, memang sikap dia manja dan ingin perhatian,” antara komen warganet.
Namun, terdapat juga warganet yang tampil mempertahankan Hyeri dengan mengatakan sikapnya yang mesra dan manja adalah sebahagian daripada keperibadiannya yang semula jadi.
Setakat ini, Hyeri tidak memberikan sebarang respon terhadap kecaman yang diterimanya.
