Anggota kumpulan Wonder Girls iaitu Hyerim dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan dengan teman lelakinya yang juga ahli sukan taekwondo, Shin Min Chul pada Julai depan.
Menerusi laporan Soompi, agensi ‘rrr Entertainment’ berkata pasangan yang sudah menjalinkan hubungan cinta selama tujuh tahun itu sedang membuat persiapan untuk majlis berbahagia mereka.
“Berita mengenai pasangan itu merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Julai memang benar. Mereka kini masih dalam perbincangan untuk persiapan majlis perkahwinan,” kata wakil agensi. – Agensi