Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hyun Bin sah bintangi filem Bargaining

    Hyun Bin secara rasmi mengesahkan projek lakonannya selepas Crash Landing on You!

    Pada 21 Februari, agensi Hyun Bin, VAST Entertainment mengumumkan bahawa pelakon itu akan membintangi dalam filem yang akan datang, Bargaining. Walaupun sebelum ini, pada tahun lalu Hyun Bin telah ditawarkan peranan utama dalam filem itu, namun kini agensinya secara rasmi mengesahkan bahawa dia telah menerima tawaran itu dan sedang bersiap untuk penggambaran.

    VAST Entertainment berkata, Bargaining tidak lama lagi akan memulakan penggambaran lokasi di luar negara. Melalui filem yang akan datang ini, Hyun Bin akan mempamerkan aksi baharu yang mengagumkan yang akan berbeza sepenuhnya daripada projek terakhirnya.

    Bargaining yang juga akan dibintangi pelakon veteran Hwang Jung Min, filem ini akan menceritakan kisah penculikan yang berlaku di Timur Tengah dan percubaan menyelamat mangsa penculikan. Filem ini akan diterajui oleh Im Soon Rye, pengarah filem Little Forest.

    Berita itu timbul kurang dari seminggu selepas tamatnya drama hit Crash Landing on You, yang mencapai penarafan penonton tertinggi dalam sejarah tvN semasa episod akhirnya pada 16 Februari.

    Menurut agensinya, pelakon itu kini sudah bekerja keras mempersiapkan diri untuk peranannya dalam filem yang akan datang, tanpa mengambil masa untuk berehat antara projek tersebut. – Agensi

    Hyun Bin bakal membintangi filem baharu Bargaining yang akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda