Kisah artis memberi hadiah kepada peminat kesayangan mereka bukan perkara pelik malah sudah menjadi kebiasaan sebagai tanda terima kasih atas sokongan ditunjukkan.
Tapi berlainan pula halnya dengan bintang k-pop HyunA yang memberikan kad kredit miliknya kepada seorang peminat setianya baru-baru ini.
HyunA menyerahkan kad kredit kepada peminatnya itu bagi membolehkan dia membeli makanan kegemarannya di sebuah restoran.
Penyanyi itu mendedahkan perkara berkenaan secara langsung apabila dia muncul dalam program Jaefriends yang dihoskan oleh Kim Jaejoong.
Bagi kebanyakan orang, kad kredit adalah perkara peribadi yang terdedah jika ia bertukar tangan.
Namun HyunA tidak risau kerana menganggap hubungannya dengan peminat mempunyai ikatan kuat.
Malah ada segelintir peminat menggelarkan dirinya sebagai malaikat kerana perbuatan berkenaan. – Agensi
