Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hyuna dikecam merokok secara terbuka di Paris

    Pasangan selebriti Korea, Hyuna dan Yong Jun Hyung cetuskan kontroversi selepas memuat naik foto percutian mereka di Paris, Perancis dengan memaparkan aksi merokok di tempat awam.

    Hasrat Hyuna untuk berkongsi momen bahagia bersama suami sedang menikmati keindahan kota Paris sebaliknya hanya mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

    Tindakan Jun Hyung itu dilihat seperti tidak peka dengan undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan negara berkenaan, menurut laporan mStar.

    Dalam pada itu, warganet turut mengingatkan bahawa pada 29 Julai lalu kerajaan Perancis memaklumkan larangan merokok dalam jarak 10 meter dari tempat awam termasuk perhentian bas, taman, kawasan pantai, perpustakaan, kolam renang dan sekolah.

    Lebih teruk lagi, pasangan selebriti ini dikatakan seolah-olah bangga menunjukkan aksi seperti dengan berkongsi foto secara terbuka.

    “Merokok di kawasan umum di Paris adalah tidak dibenarkan.

    “Kenapa merokok di tengah jalan dan sengaja post gambar tu? Tak sensitif langsung,” tulis warganet.

    Untuk rekod, Hyuna berkahwin dengan penyanyi Yong Jun Hyung pada Oktober 2024 selepas hampir setahun bercinta.

    Pun begitu perkahwinan mereka tidak direstui peminat kerana Jun Hyung pernah dikaitkan dengan kes jenayah seksual membabitkan ramai selebriti lelaki iaitu Burning Sun. – Agensi

    Warganet kecewa dengan tindakan suami Hyuna. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda