Baru-baru ini, sebuah posting di komuniti atas talian yang popular mendapat perhatian kerana mendakwa telah dibuli oleh Hyuna sewaktu di sekolah.
Mangsa mendedahkan dalam komuniti atas talian bahawa dirinya dan dua mangsa lain ditampar oleh Hyuna, dan tertanya-tanya adakah Hyuna berpura-pura tidak mengingati apa yang berlaku.
“Saya masih mengingatinya. Ia berlaku semasa festival di gred lima. Anda memanggil saya dan rakan-rakan saya ke tempat yang kami gelar ‘jalan belakang’ dan memberitahu kami bahawa anda tidak pernah menganggap kami sebagai kawan dan anda akan datang mencari kami jika kami tidak keluar.”- mangsa A
“Sebaik sahaja kami datang, anda menampar wajah kami bertiga. Saya ingat anda menanggalkan kaca mata mereka dan membuangnya, mengatakan bahawa tidak selesa untuk anda menamparnya.”- mangsa A
“Sebab mengapa saya tidak pernah mendedahkan perkara ini adalah kerana tidak ada bukti dan saya fikir tidak ada yang akan mempercayai saya.”- mangsa A
Tidak lama setelah tuduhan itu dilakukan, Hyuna menggunakan laman Instagram peribadinya untuk menafikan tuduhan yang dilemparkan padanya. – Agensi
