DETROIT, 19 JUN – Beberapa pemilik Hyundai Ioniq 5 SUV popular di Amerika Syarikat (AS) telah mengadu kehilangan kuasa penggerak sepenuhnya atau sebahagiannya, kebanyakannya mendengar bunyi dentuman yang keras, kata Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan, baru-baru ini.
Hyundai berkata mereka akan menawarkan kemas kini perisian mulai bulan depan dan menggantikan komponen yang terjejas jika perlu.
NHTSA berkata dalam notis yang disiarkan dalam talian bahawa mereka menerima 30 aduan mengenai masalah pada model 2022, di mana mereka menganggarkan terdapat 39,500 berada di lebuh raya AS.
Pejabat Siasatan Kerosakan di NHTSA telah membuka siasatan awal dan menyatakan bahawa Hyundai telah mengongsikan dalam tinjauan awal bahawa lonjakan kuasa merosakkan transistor, menghalang bateri 12 volt kenderaan daripada dicas semula.
Jurucakap Hyundai, Ira Gabriel berkata, syarikat sedang bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan tersebut dan melancarkan kempen perkhidmatan pada Julai untuk mengemas kini perisian kenderaan yang terjejas dan jika perlu, menggantikan komponen terlibat. Ia dipanggil Unit Pengecasan Kawalan Bersepadu.
Masalah teknikal yang menyertai pelancaran kenderaan elektrik global pembuat kereta yang semakin meningkat untuk melawan perubahan iklim telah merangkumi panggilan semula bateri disebabkan potensi kebakaran.
Bulan lalu, Jaguar menarik balik lebih 6,000 SUV elektrik I-Pace di Amerika Syarikat (AS) kerana risiko bateri voltan tinggi yang boleh terbakar.
General Motors, Mercedes-Benz, Hyundai, Stellantis dan Volkswagen juga telah melakukan panggilan semula sejak Februari 2020, kebanyakannya disebabkan oleh kegagalan bateri dalaman yang boleh meningkatkan risiko kebakaran. – AP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/06/P14-A_20062023.jpg)