Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hyundai Kona N-Line baharu lebih sportif

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Pengedar Tunggal kereta Hyundai, Setia Motors Sdn Bhd semalam telah melancarkan Hyundai Kona N-Line 1.6T serba baharu pada majlis pelancaran yang berlangsung di Bilik Pameran Hyundai, Beribi.

    Hadir bagi merasmikan pelancaran keluaran Hyundai baharu itu ialah Pengurus Besar Setia Motors Sdn Bhd, James Chin.

    Kona N-line 1.6T dilengkapi dengan enjin pengecas turbo 1.6 liter yang berkuasa dan Smartstream 8-kelajuan 2WD automatik, menjanjikan prestasi terbaik dengan pengendalian mantap dan kecekapan bahan api yang dipertingkatkan.

    Mengenai dengan elemen reka bentuk, Kona N-Line terlihat lebih sportif, termasuk roda aloi 19 inci dan spoiler belakang dengan lampu henti dipasang tinggi (HMSL), meningkatkan lagi daya tarikannya, menjadikannya pilihan yang menonjol untuk pemanduan di Brunei.

    “Kami teruja untuk memperkenalkan Kona N-line 1.6T ke pasaran Brunei. Model ini adalah bukti komitmen Hyundai untuk memberikan kenderaan berprestasi tinggi yang memenuhi pelbagai keperluan pelanggan kami,” kata James Chin.

    “Kami percaya Kona N-line 1.6T akan mentakrifkan semula pengalaman pemanduan dan menetapkan penanda aras baharu dalam segmennya,” tambahnya.

    Sempena pelancaran, Setia Motors Sdn Bhd menawarkan harga promosi istimewa. Tawaran itu tersedia untuk masa yang terhad, menjadikannya peluang terbaik bagi pelanggan awal untuk memiliki Hyundai Kona N-Line 1.6T.

    James Chin bergambar ramai selepas pelancaran Hyundai Kona N-Line 1.6T serba baharu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Hyundai Kona N-Line 1.6T baharu dipamerkan pada majlis pelancaran tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda