SAVANNAH, GA., 3 SEPT – Hyundai Motor Group dan LG Energy Solution berkata pada Khamis, bahawa mereka akan melabur tambahan AS$2 bilion dan menambah 400 pekerja untuk menghasilkan bateri di kilang kenderaan elektrik AS Hyundai yang sedang dibina di Georgia.
Pengumuman oleh syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan – satu pengeluar kereta utama, satu lagi pengeluar utama bateri litium-ion yang digunakan untuk menggerakkan kenderaan elektrik – mengembangkan perkongsian yang mereka lancarkan tiga bulan lalu untuk menghasilkan bateri di tapak yang sama di barat Savannah , di mana Hyundai merancang untuk memulakan pengeluaran EV pada 2025.
Berita pada Khamis itu membawa jumlah pelaburan syarikat-syarikat tersebut dalam kilang Georgia kepada lebih dari AS$7.5 bilion dan jumlah pekerja yang dirancang untuk tapak itu kepada 8,500.
“Pelaburan tambahan di Bryan Country itu mencerminkan komitmen berterusan untuk mencipta masa depan yang lebih mampan yang dikuasakan oleh pekerja Amerika,” kata José Muñoz, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Global Hyundai Motor Company dalam satu kenyataan.
Hyundai berkata pada tahun 2022 bahawa ia akan melabur AS$5.5 bilion untuk memasang kenderaan elektrik dan bateri di atas 2,900 ekar tanah dalam komuniti Ellabell.
Pelaburan tambahan dan pekerjaan yang diumumkan pada Khamis itu tidak bermaksud kilang bateri Hyundai atau LG akan menghasilkan lebih banyak bateri, kata jurucakap Hyundai Michael Stewart. Syarikat-syarikat tersebut masih menjangkakan kilang itu akan membekalkan bateri yang mencukupi untuk 300,000 EV setiap tahun, kapasiti yang sama yang diberikan ketika usaha bersama itu diumumkan pada Mei.
“Kilang itu mempunyai potensi untuk berkembang bergantung kepada keadaan dan permintaan pasaran,” kata Stewart melalui emel, tambahnya: Hyundai kekal optimistik tentang peralihan kepada kenderaan elektrik.”
Hyundai berkata bahawa kilang Georgia itu pada mulanya merancang untuk menghasilkan 300,000 kenderaan setiap tahun, tetapi ia kemudiannya boleh berkembang untuk membina 500,000 setiap tahun. – AP