Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    i-CATS, Boeing jalin kerjasama perkukuh pengajian penerbangan

    KUCHING, 3 SEPT – Institusi pengajian tinggi, i-CATS University College hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Boeing untuk memperkukuh pengajian penerbangan dan pembangunan bakat di Sarawak.

    Pemeteraian MoU itu juga melambangkan pencapaian penting dalam visi negeri Sarawak untuk menjadi hab serantau bagi industri aeroangkasa dan teknologi tinggi.

    Menurut i-CATS, kerjasama itu susulan daripada pelancaran program kejuruteraan aeroangkasa, baru-baru ini, dan bersedia untuk menawarkan pelajar dengan pendedahan peluang industri dan akademik yang lebih meluas serta jaringan pada peringkat global.

    Di bawah MoU itu, kolej berkenaan akan melibatkan pakar Boeing dalam bengkel industri, sesi ceramah dan pertandingan anjuran Kelab Pelajar Aeroangkasa i-CATS.

    “Perkongsian itu juga akan menyokong kaedah dan cara penyampaian kerja kursus dan pendidikan eksekutif yang menumpukan kepada penerbangan mampan, pengurusan rantaian bekalan, dan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

    “Selain itu, ia akan mengenal pasti kerjasama berpotensi dengan pemain industri dan institusi akademik antarabangsa bagi menggalakkan peluang penyelidikan untuk pelajar prasiswazah dan pascasiswazah,” menurut kenyataan berkenaan. – Bernama

    Gambar FB ICATS University Collage
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda