Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    I know what you did last semester

    (Siri 2)

    Oleh Fauzye –

    “Belum balik ke?” Mona mula menegur Amira. Gadis itu hanya menundukkan wajah.

    “Eh! Apa ni? Janganlah!” Amira kemudian bersuara apabila begnya dikacau oleh Kirana.

    “Mira, sebelum kau balik, kami ada hadiah untuk kau,” ucap Nelissa sambil tergelak jahat.

    Saat itu, Amira telah dibuli oleh ketiga-tiga gadis tersebut. Amira yang lemah lembut dan sering dicap sebagai perempuan lembik kerana sikapnya yang jarang melawan saat selalu dibuli membuatkan dia sering menjadi mangsa tiga gadis itu.

    Ya! Amira sering dibuli oleh Nelissa serta Kirana dan Mona di sepanjang pengajian mereka bersama. Kali ini, tiga gadis itu terus dengan misi mereka membuli Amira dengan lebih sadis lagi daripada sebelum ini.

    Gambar Freepik

    Amira menangis terduduk dan kemudian ditinggalkan dalam keadaan comot dan pakaian yang kotor di hujung jalan. Nelissa, Kirana dan Mona tertawa puas dan terus berlalu pergi.

    Memang mereka ini dikenali sebagai gadis-gadis pembuli di universiti, namun tiada sebarang tindakan pernah diambil kerana Amira sendiri tidak pernah mahu melaporkan kejadian buli oleh tiga gadis tersebut.

    Akan tetapi, bak kata pepatah, pelanduk selalu lupakan jerat namun jerat tak pernah lupakan pelanduk. Aksi dan perbuatan membuli tersebut rupanya telah dilihat dan dirakam oleh seseorang dari jauh. Rahsia Nelissa, Kirana dan Mona kini bukanlah lagi sebuah rahsia.

    6 JANUARI 2024, 5:15 PETANG

    “Bodoh! Macam mana ni? Siapa punya angkara? Tak tahu pula ada orang lain yang tengok waktu kita buli si Amira tu dulu. Kalau I tahu, siap dia siapa orangnya. Sibuk nak jaga tepi kain orang. Ni nak ugut kita semualah ni siap bagi gambar dan tulis artikel pasal kita buli orang!” Nelissa menghamburkan segala apa yang terpendam di dalam hatinya saat itu.

    “Kurang ajar! Kenapa lepas tiga tahun dia buat kita macam ni? Apa motif dia? Eh! Geramnya aku!” Mona pula menambah dengan mimik muka yang nampak sakit hati itu.

    “Ni mesti ada rakan-rakan universiti yang tak balik lagi time tu yang buat semua ni. Nak pedajal kitalah tu sebab selalu sangat buli si lembik tu dulu. Kalau benda ni tersebar, habis kita bertiga! Tak naklah aku dapat malu!” Kirana mula menjeling. Nafasnya kedengaran tercungap-cungap seolah-olah baru lepas dikejar hantu.

    Nelissa, Mona dan Kirana kemudian diam. Fikiran masing-masing ligat memikirkan siapakah orang yang telah mengetahui rahsia yang mereka pernah lakukan terhadap Amira pada akhir semester pengajian mereka dahulu? Tiga keping gambar yang memperlihatkan Nelissa, Mona dan Kirana sedang membuli Amira dan satu artikel bertajuk I Know What You Did Last Semester itu sudah cukup membuktikan bahawa ada orang lain di tempat kejadian tiga tahun yang lalu, yang telah menyaksikan perlakuan kejam tiga sekawan tersebut kepada Amira. Sangka mereka pada kejadian lalu itu tiada orang yang akan melihat dan tahu rahsia perbuatan mereka selain dari mereka bertiga, namun mereka silap kerana seseorang rupanya telah melihat dan merakam detik tersebut.

    Persoalannya siapa orang itu? Apa motifnya setelah tiga tahun baru mengirim gambar dan artikel itu?

    Setelah tiada jawapan yang ditemui dari persoalan yang berlegar di lubuk hati masing-masing, Nelissa serta Mona dan Kirana kemudian balik dengan muka yang penuh dilema dan ketakutan.

    6 JANUARI 2024, 5:30 PETANG, THE RIZQUN COFFEE HOUSE

    Di satu sudut di The Rizqun Coffee House itu, kelihatan seorang perempuan muda duduk begitu jauh sedang leka memerhatikan gelagat Nelissa, Mona dan Kirana.

    Perempuan itu sudah lama berada di situ memerhatikan aksi tiga gadis itu tadi. Melihat Nelissa, Mona dan Kirana meninggalkan lokasi pertemuan mereka dengan muka ketat penuh risau dan tanda tanya itu sudah cukup membuatkan dia tersenyum puas.

    “Padan dengan muka kamu semua! Takut tak kalau rahsia perbuatan kamu itu disebarkan? Buat jahat tapi tak terfikir pula kesannya. Well, this is just the beginning ladies. Kamu tunggulah, akan ada lagi kejutan lain untuk kamu.

    “Orang yang kamu panggil lembik ni ada senjata untuk memalukan kamu semua. Siapa sangka, berguna juga kamera perakam yang aku bawa dan cepat-cepat simpan secara sembunyi untuk rakam perbuatan kamu dekat aku lepas habis exam akhir semester dulu.

    “Sekian lama kamu buli aku, waktu akhir semester itulah aku harus bertindak melakukan sesuatu meskipun aku terpaksa merelakan untuk tewas dibuli oleh kamu.

    “Tiga tahun aku cuba cari kekuatan dan bangkit untuk membalas dendam kerana asyik dibuli oleh kamu bertiga dulu.

    “Kini, setiap pergerakan kamu akan aku intip. Dengan semangat baru, aku tak kan biarkan kamu buli aku lagi.

    “Never ever! Beware, Amira is back sis!” Perempuan itu bercakap seorang diri sambil memperbetulkan cermin mata hitam serta topi besar yang dipakainya sebagai pelindung daripada dikenali lantas mengakhiri kata-katanya dengan persoalan yang sudah terjawab.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...