Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JAN – Restoran I Say Yatta telah memulakan promosi produk terbaharunya, Samyang Tori Karaage Ricebowl di kedua-dua cawangannya,
hari ini.
Samyang Tori Karaage Ricebowl merupakan menu terbaharu yang bermusim, iaitu bersempena dengan musim K-Pop, yang mana produk tersebut boleh didapati sehingga
penghujung Februari depan.
Menu berkenaan mengandungi ayam goreng rangup yang disaluti dengan sos Samyang hasil buatan I Say Yatta dan dihidangkan bersama nasi dalam mangkuk.
Mereka yang meminati hidangan pedas, bolehlah mencabar diri untuk mencuba hidangan terbaharu berkenaan.
I Say Yatta merupakan jenama tempatan yang bermula Mac 2017 dan menawarkan menu yang diilhamkan dari Jepun, yang mudah dan mesra untuk memuaskan keinginan
pelanggan.
