Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Feb – Pasukan I-Team berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Presiden 1 selepas menewaskan Pasukan KB Warrior 3-1 di peringkat separuh akhir yang berlangsung di Padang Kelab Rekreasi Syarikat Minyak Brunei Shell, Belait hari ini.
Pada perlawanan itu, KB Warrior terlebih dahulu berada di depan apabila Mohd Noorazmi Abdullah memanfaatkan peluang pada minit ke-15, namun pendahuluan itu hanya bertahan selama dua minit apabila Mohd Mohini bin Haji Othman menyamakan kedudukan.
Aksi perlawanan semakin rancak dan akhirnya pada minit ke-42 di separuh masa kedua menyaksikan Noormasaidirwan Mohd Sani meletakkan I-Team di hadapan sebelum jaringan kemenangan disempurnakan oleh Malik iskandar Abdullah Datu pada minit ke-73.
Sementara itu dalam perkembangan Piala Presiden 2, Pasukan PSJD pula melangkah ke peringkat separuh akhir apabila menang bergaya ke atas Jerudong Veteran di Padang Arena Seria.
Bagi persaingan Piala VFA pula, Pasukan Al-Idrus SC berjaya melangkah peringkat suku akhir apabila menumpaskan Pasukan BSRC di Kelab Rekreasi Diraja Brunei (RBRC) dengan jaringan 5- 2, hari ini.
