Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    IAB anjurkan kejohanan kriket

    KUALA BELAIT, 24 FEB – Persatuan India Belait (IAB) telah menganjurkan kejohanan kriket di padang kriket Kelab Panaga pada 19 Februari lalu.

    Ini merupakan kejohanan kriket tahunan yang dianjurkan oleh IAB untuk pencinta kriket Brunei. Perlawanan kali ini dijalankan dalam kejohanan Super 5.

    IAB tidak dapat menganjurkan kejohanan ini sejak empat tahun lepas kerana pandemik dan kekangan lain serta berpendapat acara sebegini akan membantu memupuk persahabatan dan keharmonian di kalangan ahli komuniti melalui semangat kesukanan, yang terbukti dalam semua perlawanan yang dimainkan.

    Walaupun ketika awalnya hari dalam keadaan hujan, cuaca kembali cerah apabila perlawanan dimulakan dan selesai dengan jayanya. Sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian dalam perlawanan 5 atas setiap pasukan. Terdapat 160 pemain dan sekitar 40 penonton bersorak untuk acara sukan ini.

    Presiden IAB, K Salimo, merasmikan kejohanan itu. Pasukan Viking memenangi kejohanan itu dan Pasukan Manggis berakhir sebagai naib juara.

    Kejohanan bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir sekitar jam 6 petang. Hadiah untuk pemenang, naib johan, pelontar terbaik, pemadang, pemukul semuanya telah diberikan oleh jawatankuasa penganjur di bawah sayap sukan IAB.

    IAB bercadang untuk mengadakan lebih banyak kejohanan seumpama itu memandangkan sambutan yang sangat positif daripada para pemain dalam penyertaan.

    Para peserta bergambar ramai semasa kejohanan tersebut. – Gambar serahan Persatuan India Belait
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...