Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    IAB ceriakan anak yatim, ibu tunggal menjelang Aidilfitri

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 7 APRIL – Lebih daripada 40 anak yatim dan 30 ibu tunggal telah diberi perhatian oleh Persatuan India Belait (IAB) menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri melalui perayaan yang diadakan pada petang kelmarin di bangunan utama mereka di Jalan Bunga Kuning, Seria.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengasas dan Pengerusi YMRM, Ramesh Jiwatram Bhawnani yang dialu-alukan oleh Presiden IAB, Salimo.

    Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Dr Haji Zulkifli bin Haji Zakaria, diikuti dengan penyampaian sumbangan berupa wang tunai yang disarungkan dalam sampul surat serta kain baharu menjelang Hari Raya kepada para penerima.

    Berucap semasa majlis itu, Pengarah Urusan Kumpulan YMRM, Hitesh R Bhawnani, turut melahirkan rasa penghargaan bagi pihak syarikat atas sokongan dan komitmen berterusan persatuan dalam membawa kegembiraan dan sokongan kepada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim di daerah itu.

    Majlis turut diisikan dengan ceramah yang disampaikan oleh Salimo mengenai kepentingan bimbingan ibu bapa dalam sesebuah keluarga di samping turut berbincang dengan beberapa ibu tunggal dan anak-anak yatim yang hadir untuk berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi dan seterusnya diakhiri dengan majlis berbuka puasa.

    Salimo semasa menyempurnakan penyampaian derma kepada salah seorang penerima. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda