IAB sampaikan sumbangan kepada masyarakat memerlukan

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 7 SEPT – Persatuan India Belait (IAB) telah berganding bahu dengan masyarakat awam yang prihatin untuk membatu masyarakat paling terjejas semasa pandemik ini.

Perkara itu ditekankan oleh persatuan berkenaan kerana semua perniagaan terjejas teruk oleh pandemik. Antara yang paling teruk adalah tukang gunting yang tidak dapat menampung keperluan harian mereka disebabkan pekerjaan tertakluk kepada langkah-langkah pengawalan yang dikuatkuasakan.

Penyerahan sumbangan telah didakan pada 5 September lalu dan bantuan berupa makanan kering seperti beras, tepung, telur, minyak, makanan dalam tin, biskut, susu dan barang keperluan lain, adalah hasil kutipan dan dibungkus oleh ahli-ahli jawatankuasa IAB untuk diagihkan.

Hampir 50 tukang gunting daripada komuniti India dan beberapa warga Bangladesh lain yang berpangkalan di sekitar Lumut, Seria dan Kuala Belait telah menerima sumbangan tersebut.

Gambar menunjukkan sumbangan disampaikan kepada beberapa orang tukang gunting oleh ahli-ahli IAB dengan diketuai Presiden IAB, Salimo. – Gambar serahan IAB