Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    IAEA, Belgium bersama anjurkan sidang kemuncak tenaga nuklear

    VIENNA, 11 OKT – Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akan bekerjasama dengan Belgium untuk mengadakan sidang kemuncak tenaga nuklear di Brussels dari 21 hingga 22 Mac tahun depan yang antara lain akan menumpukan peranan tenaga nuklear dalam mencapai pelepasan sifar bersih.

    Dalam satu kenyataan kelmarin, IAEA berkata pemimpin industri, ketua badan pemikir, pakar dan wakil masyarakat sivil daripada kira-kira 30 negara dijangka menghadiri sidang kemuncak itu, lapor Xinhua.

    Sidang kemuncak itu akan menekankan kepentingan tenaga nuklear dalam menangani cabaran global untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil, serta meningkatkan keselamatan tenaga dan pembangunan ekonomi. 

    “Semakin banyak negara sama ada merancang untuk memperkenalkan kuasa nuklear dalam campuran tenaga mereka atau mengembangkan program tenaga nuklear sedia ada.

    “Sidang Kemuncak Tenaga Nuklear akan menyerlahkan momentum yang diperbaharu untuk tenaga nuklear dan juga menyediakan forum peringkat tinggi bagi ketengah beberapa isu yang sedang dihadapi oleh sektor itu,” kata Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda