Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    IAEA beri amaran keselamatan nuklear di loji Zaporizhzhia

    VIENNA, 1 OKT – Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia (ZNPP) berdepan risiko keselamatan nuklear kritikal selepas terputus daripada bekalan kuasa luar selama lebih seminggu, menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam satu kenyataan kelmarin.
     
    Ketua Pengarah IAEA, Rafael Grossi berkata agensi itu sedang berhubung dengan Rusia dan Ukraine untuk memudahkan pemulihan bekalan kuasa ke ZNPP secepat mungkin.
     
    Loji itu kehilangan bekalan kuasa luar sepenuhnya pada 23 September buat kali ke-10, selepas talian terakhir yang berfungsi rosak akibat aktiviti ketenteraan kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan loji.
     
    Penjana diesel kecemasan kemudian diaktifkan secara automatik bagi membekalkan kuasa kepada sistem keselamatan serta menyejukkan enam reaktor dan bahan api nuklear terpakai. – Bernama
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda