Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    IAEA siasat dakwaan ‘bom kotor’ di Ukraine

    VIENNA, 1 NOV – Badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memulakan pemeriksaan sebagai sebahagian ‘badan pengesahan bebas’ berhubung dakwaan Rusia mengenai penghasilan ‘bom kotor’ di Ukraine.

    ‘Bom kotor’ ialah bom konvensional diikat dengan bahan radioaktif, biologi atau kimia, yang boleh tersebar ketika letupan. Ketua Pengarah Pemeriksa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi, menjangkakan siasatan bagi mengesahkan beberapa aktiviti di dua lokasi itu akan selesai tidak lama lagi.

    Beliau dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan menerbitkan ‘kesimpulan awal mengenai pengesahan terkini membabitkan beberapa aktiviti di dua lokasi berkenaan’. Pemeriksaan itu dibuat susulan permintaan bertulis Kerajaan Ukraine yang mahu pasukan IAEA dihantar ke sana.

    Rusia mendakwa Ukraine bersedia menggunakan ‘bom kotor’ terhadap tentera Moscow. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda