Iannone digantung akibat doping

PARIS, 18 DIS – Penunggang MotoGP Itali, Andrea Iannone digantung selepas ujian air kencingnya positif steroid anabolik, yang diumumkan oleh persatuan permotoran antarabangsa.

Iannone disahkan positif setelah ujian air kencingnya dilakukan oleh pihak persatuan semasa perlumbaan MotoGP Malaysia di Sepang pada bulan lalu.

Iannone penunggang Aprilia, 30, mempunyai hak untuk meminta untuk menganalisis sampel B nya.

“Saya betul-betul berasa tenang dan saya mahu meyakinkan peminat saya serta Aprilia Racing,” kata Iannone di Instagram.

“Saya akan berlapang dada bagi apa-apa keputusan daripada analisis sama ada ia merupakan satu hal yang mengejutkan saya, pada ketika itu saya tidak diberitahu dalam sebarang komunikasi yang rasmi.”

“Selama bertahun-tahun dan musim sebelumnya, saya melakukan pemeriksaan, kebiasaannya hasilnya negatif, dan ia membuatkan saya merasa curiga terhadap keputusan air kencing saya yang diberikan.”

Iannone menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16 dalam kejuaraan MotoGP 2019 dengan mengutip 43 mata, jauh ketinggalan daripada pendahulu, Marc Marquez. – AFP

Gambar fail pada 22 April 2018 semasa Andrea Iannone meraikan tempat ketiganya di perlumbaan Moto Grand Prix di Austin Texas, Amerika. – AP