IATA akan laksana pas perjalanan COVID-19 di Timur Tengah

DUBAI, 10 JUN – Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) hari ini mengumumkan pas perjalanan digitalnya akan ‘digunakan secara langsung’ di Timur Tengah beberapa minggu akan datang, ketika Eropah dan Amerika Syarikat (AS) melonggarkan sekatan perjalanannya.

Negara-negara di seluruh dunia berlumba-lumba untuk mengadaptasi sijil digital untuk membuka kemasukan pelancongan antarabangsa selepas pandemik koronavirus melumpuhkan industri penerbangan lebih setahun.

Belum ada sistem pensijilan vaksin diterima atau diiktiraf secara global, walaupun pas perjalanan IATA meraih populariti dalam kalangan sektor pengangkutan terbesar Teluk.

“Kami telah menerima maklum balas positif terhadap pas perjalanan IATA,” kata Willie Walsh, Ketua Pengarah IATA semasa taklimat hari ini.

“Ia akan digunakan langsung dalam masa beberapa minggu akan datang dengan jumlah pengangkutan di rantau Timur Tengah,” tambahnya, tanpa menjelaskan penerbangan tertentu.

Emirates, Etihad Airways dan Qatar Airways antara syarikat-syarikat pertama yang mula menguji aplikasi itu pada Januari, disusuli beberapa syarikat pengangkutan global lain termasuk Singapore Airlines.

Pas IATA adalah aplikasi mudah alih yang membolehkan penumpangnya mewujudkan satu ‘pasport digital’ yang menyediakan bukti tentang sejarah dan ujian vaksinasi yang boleh dikongsi bersama para pegawai syarikat penerbangan dan imigresen. – AFP