Saturday, September 14, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    IBM akhiri projek R&D di China

    BEIJING, 27 OGOS – Syarikat gergasi komputer Amerika Syarikat (AS), IBM, mengesahkan ia akan menutup cawangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di China, dalam satu langkah penyusunan semula operasinya yang diumumkan kelmarin.

    Beberapa pekerja memberitahu AFP bahawa mereka telah dimaklumkan mengenai keputusan itu dalam satu mesyuarat ringkas bersama eksekutif IBM dari AS.

    Langkah itu akan melibatkan pemindahan operasi penyelidikan dan pembangunan ke negara lain, namun lokasi baharu tersebut masih belum didedahkan.

    Jurucakap IBM, ketika diminta mengulas mengenai tindakan tersebut, berkata, “IBM menyesuaikan operasinya mengikut keperluan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami, dan perubahan ini tidak akan menjejaskan keupayaan kami untuk menyokong pelanggan di rantau China.”

    Pekerja yang terlibat menyatakan bahawa lebih daripada 1,000 pekerjaan di China mungkin terjejas. Bagaimanapun, mereka melaporkan kakitangan kekal tenang selepas pengumuman rasmi dibuat.

    Seorang pekerja yang enggan dikenali dan telah berkhidmat dengan IBM selama sepuluh tahun berkata, “Semua orang kelihatan tenang… ini lebih dirasakan seperti perpisahan secara baik.”

    IBM telah beroperasi di China selama beberapa tahun dan menggaji ribuan pekerja di negara itu.

    Bahagian penyelidikan dan pembangunan syarikat itu terletak di beberapa bandar utama termasuk Beijing, Shanghai dan Dalian. Pekerja disekat daripada mengakses pelayan firma pada hujung minggu. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda