Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Ibra masih mampu beraksi di Euro 2024

    SOLNA, SWEDEN, 22 MAC – Penyerang veteran Sweden, Zlatan Ibrahimovic kelmarin berkata dia berharap untuk beraksi di Euro tahun depan walaupun usianya semakin meningkat, ketika skuad Sweden bersiap sedia untuk perlawanan kelayakan pertama menentang Belgium.

    Ibrahimovic, 41 sudah bersedia untuk memecahkan rekod umur penjaga gol Itali, Dino Zoff dalam kelayakan Euro pada usia 40 tahun 90 hari, yang dicatat pada 1983.

    “Saya tidak fikir terlalu jauh ke hadapan, memandangkan apa yang saya lalui dengan kecederaan dan sebagainya. Jika saya berasa cergas secara fizikal saya akan terus bermain,” kata penyerang veteran AC Milan kepada wartawan, ketika ditanya sama ada dia berhasrat untuk bermain dalam Euro 2024 di Jerman, sekiranya Sweden layak.

    Pada hujung minggu lalu, Ibrahimovic mencipta sejarah dengan menjadi pemain tertua menjaringkan gol dalam Serie A Itali.

    Walaupun gembira dengan pencapaian itu, pemain bola sepak itu berkata dia masih mahu ‘dibandingkan dengan pemain lain’ dan bukan hanya mengagumkan untuk usianya.

    “Saya bukan di sini untuk amal. Saya di sini untuk bermain dan membantu serta memberikan keputusan melalui persembahan saya. Jadi harap saya boleh terus melakukannya,” kata Ibrahimovic.

    Sekiranya Sweden layak ke pertandingan tahun depan, Ibrahimovic juga boleh mengatasi rekod umur untuk kejuaraan Eropah, yang dicatat oleh pemain Hungary, Gabor Kiraly, yang bermain pada edisi 2016 berusia 40 tahun.

    Selepas Sweden gagal mara ke Piala Dunia 2022, Ibrahimovic berkata tahun lalu dia akan ‘teruskan selagi saya mampu’ dan berkata dia ‘panik’ dengan prospek bersara. – AFP

    Zlatan Ibrahimovic menghadiri sidang akhbar di Solna. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...