MILAN, 16 OKT – Zlatan Ibrahimovic bersedia untuk kembali dalam perlawanan derbi Milan esok manakala Juventus akan beraksi tanpa Cristiano Ronaldo ketika Serie A kembali beraksi selepas perlawanan antarabangsa.
Dalam minggu yang mana Napoli telah dipotong satu mata dan menghadiahkan kemenangan 3-0 kepada Juventus disebabkan gagal tampil dalam perlawanan mereka kerana dua kes COVID-19, dilihat bakal menjadi pengubah nasib perlawanan dalam musim yang terjejas memasuki minggu ke empat.
“Kejayaan sebenar ialah menamatkan kejuaraan, keputusan adalah keutamaan kedua,” kata ketua pasukan Juventus, Giorgio Chiellini ketika pasukannya kembali menjalani pengasingan diri selepas Weston McKennie diuji positif dan Ronaldo kembali dengan virus selepas beraksi untuk skuad Portugal.
Tetapi Ibrahimovic telah pulih dan tidak sabar untuk beraksi selepas menjaringkan dua gol menentang Bologna sebelum dijangkiti virus, dan turut ingin menebus kekalahan AC Milan menentang Inter musim lalu.
Ibrahimovic menjaringkan gol pada Februari tetapi Inter kembali bangkit dan memenangi perlawanan 4-2 di perlawanan derbi San Siro.
Pemain Sweden itu tidak beraksi dalam satu perlawanan sejak 21 September, tetapi pemain berusia 39 tahun itu terus menjalani latihan intensif semasa kuarantin.
Meskipun ketiadaannya, Milan membuat permulaan yang baik musim ini, menduduki tangga kedua, dengan tiga kemenangan dari tiga perlawanan dan mara ke pusingan kumpulan Liga Europa.
Inter Milan sementara itu kekurangan enam orang pemain iaitu Ashley Young, Alessandro Bastoni, Milan Skriniar, Radja Nainggolan, Roberto Gagliardini dan Ionut Radu kerana menjalani pengasingan diri – ketika mereka mengejar kemenangan perlawanan derbi kelima berturut-turut.
Pasukan Antonio Conte memunggut tujuh mata dari tiga perlawanan, dengan Romelu Lukaku dan Lautaro Martinez menjaringkan enam gol dari 10 jaringan Inter setakat ini.
Pengurus Inter Milan, Antonio Conte sebelum ini tidak pernah tewas di tangan Pioli dalam pertemuan di Serie A. – AFP