Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibrahimovic belum pasti beraksi di derbi Milan

    ROM, 9 OKT – Zlatan Ibrahimovic (gambar bawah) nampaknya akan terlepas perlawanan derbi Milan bulan ini setelah kelabnya AC Milan mengumumkan semalam bahawa pemain veteran dari Sweden itu sekali lagi disahkan positif COVID-19.

    Ibrahimovic, yang dimasukkan ke dalam kuarantin dua minggu lalu ketika pertama kali disahkan positif, memerlukan ujian negatif dua kali sebelum dia dapat kembali ke skuad Milan, yang mana perlawanan berikutnya menentang musuh tradisi mereka Inter Milan di San Siro pada 17 Oktober ini.

    Pemain pertahanan Brazil, Leo Duarte, juga telah meneruskan kuarantinnya. Selebihnya kesemua pemain adalah negatif, kata kelab itu. Inter juga dilanda COVID-19, dengan kelab itu mengumumkan semalam bahawa pemain tengahnya, Radja Nainggolan dan Roberto Gagliardini telah disahkan positif.

    Dua kes baharu muncul di Inter sehari setelah diketahui bahawa pemain pertahanan Slovakia, Milan Skriniar dan pemain antarabangsa bawah 21 tahun Itali, Alessandro Bastoni juga telah kembali positif setelah menyertai dengan pasukan kebangsaan masing-masing. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda