Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibrahimovic sedia sarung kembali jersi Sweden

    STOCKHOLM, 27 NOV – Zlatan Ibrahimovic sedang mengadakan perbincangan bersama ketua jurulatih Sweden, Janne Andersson berhubung kemungkinan untuknya kembali beraksi bersama skuad kebangsaan, kata Persatuan Bolasepak Sweden semalam.

    Berita itu muncul sehari selepas pemain berusia 39 tahun itu memberi bayangan bersedia menyarung kembali jersi skuad kebangsaan selepas bersara dari pentas antarabangsa selepas berakhir Piala Dunia 2016.

    FA Sweden berkata Janne Andersson menemui Ibrahimovic, pada Rabu lalu untuk membincangkan kemungkinan dia akan kembali selepas dia mempamerkan aksi cemerlang ketika ini bersama AC Milan.

    Ibrahimovic mendahului kedudukan penjaring terbanyak di Serie A dengan 10 gol musim ini, lebih daripada separuh 19 gol yang diraih oleh Milan sendiri.

    “Apabila Zlatan menyatakan hasrat untuk beraksi bersama skuad kebangsaan, adalah sesuatu yang normal dan penting untuk bertemunya membincangkan perkara itu secepat mungkin,” kata Andersson dalam satu kenyataan.

    “Perbincangan berjalan dengan baik dan kami bersetuju untuk meneruskan perbincangan ini.”

    Ibrahimovic menyatakan keinginannya untuk kembali bersama skuad kebangsaan selepas memenangi anugerah Pemain Bolasepak Terbaik Sweden buat kali ke-12.

    “Jika anda bertanya kepada saya, secara jujur saya merindukan aksi bersama skuad kebangsaan. – AFP

    Reaksi Zlatan Ibrahimovic sebelum perlawa-nan bola sepak Serie A menentang Napoli pada 22 November di Stadium San Paolo. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda