Tuesday, February 11, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    IBTE anjur hari terbuka pada 25-26 Februari

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) akan menganjurkan hari terbuka dan sesi perbincangan bagi pengambilan Julai 2017 di kampus-kampus IBTE Satelit iaitu IBTE Kampus Jefri Bolkiah, Kuala Belait; IBTE Kampus Sultan Bolkiah, Seria dan IBTE Kampus Agro Teknologi, Wasan.

    IBTE dalam kenyataannya berkata, acara tersebut akan berlangsung pada 25 dan 26 Februari dari jam 8:30 pagi hingga 5 petang bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat secara lebih dekat kursus-kursus yang ditawarkan serta peluang untuk berinte-raksi dengan pengajar-pengajar dan juga pelajar IBTE.

    Selain itu, perkhidmatan atas talian untuk mendaftar bagi kursus-kursus juga disediakan oleh kampus-kampus yang terbabit semasa acara itu berlangsung.

    Beberapa aktiviti juga dianjurkan semasa hari terbuka tersebut termasuk pameran mengenai kursus-kursus yang ditawarkan, demonstrasi-demonstrasi bengkel, lawatan ke sekitar kawasan kampus serta jualan makanan oleh pelajar-pelajar IBTE.

    Di samping itu, beberapa buah syarikat seperti MC BIOTECH Sdn Bhd, Brunei Halal (Ghanim International), Tamada Nursing Services Sdn Bhd, Golden Corporation Sdn Bhd, Baxter Healthcare (Asia), HISEATON Fisheries Sdn Bhd juga dijemput untuk mempamerkan peluang-peluang pekerjaan di syarikat masing-masing selain mempromosikan produk-produk mereka.

    Menurut IBTE, tarikh tutup untuk menghantar permohonan bagi pengambilan Julai 2017 ialah pada 4 Mac, jam 4:30 petang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda