Friday, January 31, 2025
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    IBTE anjur Program Jangkauan Komuniti

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 8 DIS – Sempena Hari Bertindak, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Sekolah Agro-teknologi dan Sains Gunaan, telah mengadakan Program Jangkauan Komuniti bertempat di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan, Kuala Belait hari ini.

    Program tersebut dihadiri Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir Pengetua IBTE Kampus satelit, Dr Suhaimi bin Haji Abdul Wahab, Ketua Sekolah Agro-teknologi dan Sains Gunaan, Dayang Zaitunah binti Haji Kurus, pegawai-pegawai IBTE dan Ketua Kampung Kampung Pandan.

    Acara dimulakan dengan taklimat keselamatan dan bacaan Surah Al-Fatihah serta Doa Selamat.

    Acara kemuncak adalah penyampaian sumbangan bantuan berupa barangan keperluan asasi kepada pihak-pihak yang memerlukan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi.

    Semasa program itu, Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan turut melawat pameran untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranan pelajar dalam mempromosi dan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan.

    Yang Berhormat Menteri Pembangunan menyampaikan barangan asasi kepada salah seorang penerima semasa program tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan mengunjungi salah satu petak pameran pada acara itu. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda