Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    IBTE JBC pupuk semangat patriotisme

    Oleh Daniel Lim
    Gambar serahan IBTE JBC

    BELAIT, 20 FEB – Bagi memupuk patriotisme dan cintakan negara serta mengukuhkan semangat kenegaraan dalam kalangan kakitangan dan pelajar, Institut Pendidikan Teknikal
    Brunei (IBTE) Kampus Jefri Bolkiah (JBC) telah mengadakan upacara menaikkan bendera yang berlangsung di kawasan depan blok pentadbiran kampus berkenaan.

    Majlis yang dihadiri oleh tenaga pengajar dan para pelajar dari pelbagai fakulti IBTE JBC itu telah dimulakan dengan penyerahan bendera negara oleh pembawa bendera yang terdiri daripada dua orang pelajar dari Sekolah Teknologi Maklumat dan
    Komunikasi, kepada Pengurus Operasi IBTE JBC, Hajah Hanita binti Haji Hussain.

    Beliau kemudian menyerahkan bendera berkenaan kepada dua orang pelajar untuk dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan beramai-ramai.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Khas Kesyukuran bersempena Sambutan Hari Kebangsaan.

    Dua orang pelajar menaikkan bendera kebangsaan pada upacara di IBTE JBC.
    Antara pelajar dan kakitangan IBTE JBC yang hadir semasa upacara berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda