Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    IBTE meterai MoU bersama 6 agensi

    Oleh Salawati haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama enam buah agensi, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis yang berlangsung di Sekolah Penerbangan IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad.

    Enam buah agensi yang bekerjasama dengan IBTE terdiri daripada The Capital Residence Suite, Fast Offshore Supply Pte Ltd, KOTUG (B) Sdn Bhd, Miclyn Express Offshore (B) Sdn Bhd, W Ventures Partners dan Cuckoo International (B) Sdn Bhd.

    Penandatanganan MoU tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala yang akan memberi manfaat kepada semua pihak dari segi pembangunan pendidikan yang berterusan ke arah melahirkan graduan yang berkualiti iaitu memenuhi piawaian serta keperluan industri dan memenuhi permintaan tenaga kerja mahir.

    MoU bagi The Capital Residence Suit, W Ventures Partners dan Cuckoo International (B) Sdn Bhd ditandatangani oleh Pengarah IBTE, Dr Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli dan Pengetua Pusat, Awang Armi Durani bin Haji Durhman. Manakala bagi Fast Offshore Supply Pte Ltd, KOTUG (B) Sdn Bhd, Miclyn Express Offshore (B) Sdn Bhd ditandatangani oleh Dr Haji Mohd Zamri dan Pengetua IBTE Satelit, Dr Suhaimi bin Haji Abdul Wahab.

    Dr Haji Azman bergambar ramai bersama pihak IBTE dan sebahagian wakil agensi yang akan bekerjasama dengan IBTE.
    Gambar ramai tetamu kehormat majlis.

    Terdahulu itu, Dr Haji Mohd Zamri dalam ucapan alu-aluannya antara lain menggariskan, dengan program perantisan di IBTE itu, pelajar akan berpeluang mendapat pengalaman dan mempraktikkan pengetahuan yang dipelajari dalam bentuk pengalaman kerja sebenar.

    “Selain itu, pelajar akan memperoleh kemahiran yang diperlukan melalui bimbingan daripada pakar yang berpengalaman dalam syarikat,” jelasnya.

    Beliau juga percaya dengan pengetahuan yang relevan dan kemahiran yang diperoleh melalui pakar industri, ia akan meningkatkan lagi peluang untuk graduan IBTE mendapat pekerjaan.

    Di samping itu, beliau turut mengalu-alukan kerjasama dari syarikat-syarikat yang relevan di negara ini untuk bekerjasama melatih pelajar IBTE dengan kemahiran yang dikehendaki oleh industri selaras dengan keperluan dan kehendak semasa dan masa hadapan.

    MoU kali ini tertumpu kepada tiga bidang pendidikan dan latihan iaitu bidang maritim, hospitaliti dan juga pemanasan serta pendinginan (HVAC) yang melibatkan tiga Program Perantisan iaitu HNTec in Refrigeration & Air-Conditioning, NTec dalam Perkhidmatan Profesional dan Masakan serta Level II Apprenticeship dalam Deck and Engine Rating.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...