BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Berikutan video dan gambar tular di media sosial baru-baru ini yang melibatkan pelajar IBTE, pihak IBTE memohon maaf atas kandungan yang kurang sopan dan tidak sensitif terhadap isu semasa.
IBTE memandang serius mengenai kejadian tersebut dan telah mengenal pasti pihak-pihak yang terlibat.
IBTE telah mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pihak-pihak yang terlibat dan pihak terlibat telah memohon maaf dan menyesali perbuatan mereka yang tidak sensitif dengan isu semasa.
IBTE telah bekerjasama dengan pihak yang berwajib bagi menangani perkara itu.
Menurut kenyataan IBTE, mereka akan sentiasa memastikan dan memantau agar perkara seumpama ini tidak akan berlaku lagi.
IBTE tidak menyokong sebarang aktiviti-aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam.
Dalam masa yang sama, pihak IBTE menyeru kerjasama pihak awam untuk tidak menyebarkan video dan gambar tersebut ke mana-mana platform yang boleh menyebabkan spekulasi tidak terkawal.
IBTE sentiasa berusaha untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran positif yang menitikberatkan nilai-nilai murni dan moral dalam pembangunan pelajar IBTE.


