BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Institut Pendidikan Ternikal Brunei (IBTE) dengan kerjasama Persekutuan Petanque Brunei Darussalam akan menyertai kejohanan Petanque Beregu Terbuka Sibu Siri ke-2 yang akan berlangsung dari 29 hingga 30 Jun di Pasukan Gerak Am (PGA) Lanang di Sibu, Sarawak.
Persekutuan Petanque Brunei Darussalam menghantar 11 pasukan terdiri daripada atlet petanque kebangsaan dan remaja kebangsaan bersama guru pengawas atlet remaja kebangsaan, Dayang Wedy Nurul Suzuna binti Luon.
Kejohanan yang disertai 175 pasukan ini merupakan persediaan awal bagi temasya Petanque Piala Borneo ke-9 yang akan dihoskan oleh Negara Brunei Darussalam Disember ini.