Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    IBTE, Super Slim Fit Brunei perkasa gaya hidup sihat

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 16 SEPT – Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Bolkiah (SBC) dengan kerjasama Super Slim Fit Brunei telah menganjurkan program kesedaran kesihatan dan kecergasan bagi pelajar serta tenaga pengajar kampus berkenaan, baru-baru ini.

    Program tersebut bertujuan untuk menggalakkan amalan senaman berkala dan gaya hidup sihat, khususnya dalam kalangan warga kampus yang sibuk dengan tugasan harian.

    Melalui program berkenaan, pihak kampus berharap kecergasan dapat menjadi sebahagian daripada rutin harian mereka, sekali gus menyokong usaha untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental yang lebih baik.

    Selain itu, ia juga diharap dapat memberi manfaat kepada Kelab Komuniti IBTE SBC, di mana ba-nyak tip kesihatan berharga telah dikongsi, selain pengalaman yang bermakna dalam kalangan peserta.

    Sementara itu, Pengetua Super Slim Fit Brunei, Tan Sui Seng, berkata pihaknya menyediakan pelbagai jenis senaman untuk semua golongan, termasuk mereka yang berkeperluan khas, di mana kelas-kelas senaman ditawarkan dalam tiga bahasa iaitu Inggeris, Melayu dan Mandarin bagi memastikan penyertaan yang meluas.

    Tan Sui Seng semasa menerima cenderahati tanda penghargaan daripada pihak IBTE SBC pada program tersebut. – GAMBAR SERAHAN SUPER SLIM FIT BRUNEI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda